C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Kenali Stail Rambut yang Sesuai dengan Bentuk Muka
Monday, April 9, 2012 • 7:40 AM • 0 comments
Assalamualaikumm :) malam ni tetiba pula rasa sunyi :( u know why ? sebab CikNuya da rindu dekat MrPuyoo ...huhu .. lambatnya sidia nak balik . xsabar plak nak jumpa , sokey la . untuk hilangkan rasa sedih nie , CikNuya nak   kongsi tips dengan korang semua , silalah baca yer :)

Sebenarnya memiliki rambut yang mempesona merupakan daya tarikan bagi setiap gadis .Tapi sayangnya masih ramai yang tidak tahu potongan mana yang sesuai dengan bentuk wajah terutamanya bagi mereka yang mempunyai wajah yang agak berisi . Jon ikuti tips ini .

1 ) WAJAH BENTUK BUAH PEAR
     - Memiliki kening yang rapat dan bentuk wajah agak lebar pada bahagian rahang.


SARANAN 
-Pilih gaya rambut yang tidak nampak melekat pada nahagian pelipis dan sedikit berisi pada bahagian raahang

ELAKKAN 
-Potongan rambut yang sangat pendek paras leher dan penuh di bahagian atas . Ia hanya akan membuatkan wajah kamu kelihatan lebih berisi .

2 ) WAJAH BENTUK BULAT
     - Ciri-ciri seperti panjang wajah kurang atau lebih hampir sama dengan lebar wajah . Memiliki bentuk wajah yang lebar pada bahagian pipi


SARANAN
- Sesuai jika mencuba gaya rambut yang agak tinggi dan sedikit volume pada bahagian atas kepala kerana ia akan membuatkan wajah kamu kelihatan lebih sedikit runcing
-Lebih cantik jika rambut hadapan dipotong fringe dengan potongan senget ketepi agar wajah kamu nampak lebih panjang .

ELAKKAN 
-Gaya rambut kerinting kecuali jika rambut kamu memang semulajadi kerinting .
-Gaya rambut belah tengah kerana ia akan merosakkan kamu yang comel itu
-Potongan rambut yang mengembang dan lebih volume pada bahagian tepi berdekatan telinga.

3 ) WAJAH BENTUK BERLIAN
    - Bentuk wajah sedikit lebar di bahagian tulang pipi dan kening


SARANAN
-Biarkan rambut sedikit nipis pada bahagian tepi . Gaya seperti ini bertujuan untuk menampilkan kesan lebih volume disekitar kening dan rahang .

ELAKKAN
-Potongan rambut yang lebar di bahagian tepi berdekatan telinga .

4 ) WAJAH BERSEGI
    -Panjang wajah kurang atau lebih sama dengan lebar wajah . Kening ,tulang pipi , dan rahang memiliki lebar yang sama . Disini terlihat ketaranya bentuk rahang yang bersegi .


SARANAN
-Pilihlah potongan rambut yang boleh mengurangkan kesan bentuk bersegi pada wajah , misalnya gaya rambut yang agak panjang atau kerinting .
-Cubalah memilih potongan rambut yang tinggi sedikit ke atas supaya ia akan membentuk seperti garis melengkung ke arah rahang . Boleh juga mencuba potongan yang penuh di bahagian leher dan bahagian belakang .

ELAKKAN 
-Belahan tengah kerana ia akan menjadikan bentuk wajah kamu nampak tegas .
-Elak gaya rambut bersegi , rambut lurus (rebonding) dan potongan bob .


5 ) WAJAH BENTUK HATI
  - Ciri-cirinya ialah mempunyai rahang yang sempit , bentuk wajah sedikit bujur dan lebar pada bahagian kening , dahi dan pipi .


SARANAN
-Harus bijak memilih gaya rambut yang agak nipis dan ringan
-Potongan rambut pendek dan panjangnya separas dagu juga sesuai untuk bentuk muka ini .
-Jika kamu ingin memiliki rambut pendek , pilih potongan rambut yang melengkung kedalam .

ELAKKAN
-Potongan rambut yang penuh atau bervolume disekitar garis rahang dan potongan-potongan yang menutupi kening .


PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 1 mother . my birth date 16/12/1994 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;




"TOTALLY TAKEN BY MRPUYOO"

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Freebies Background
  • Gaya Artis Di ABPBH 2011
  • Petua Menghilangkan Parut
  • Cara Letak Watermark Pada Gambar
  • I Love PLKN !
  • result SPM CikNuya dah keluar :)
  • icon comel tepi tajuk entry
  • cara letak background
  • Cursor
  • freebies header part 2